Assalamualaikum dan salam ukhwah dari KEPEKA


Assalamualaikum dan salam ukhwah dari KEPEKA..

KEPEKA mengalu-alukan kedatangan Saudara dan Saudari sekalian ke laman blog ini..

KEPEKA ingin menarik minat anak muda kita kepada dunia persilatan..itulah sebab utama penubuhan ini disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita..

Disini KEPEKA ingin menerapkan semangat juang ISLAM dari segi PERSILATAN pada anak muda kita supaya mereka lebih mencintai Agama, Bangsa dan Tanah air yg tercinta ini..

KEPEKA juga ingin memohon maaf andai tersalah fakta, terkasar bahasa atau telah melakukan kesilapan yg tidak disengajakan..

Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T dan yg buruk itu adalah atas kesilapan saya sendiri..


Yang Benar,
Pemimpin kanan pertubuhan
Muhammad Firdaus

Pedang Zulfaqar

Pedang Zulfiqar


Kali ni sy nak menceritakan serba sedikit tentang pedang zulfaqar terutamanya kepada yang pernah melihat simbol pedang dua mata ini dimana2 tetapi tidak tahu asal usulnya..


Pedang Zulfaqar adalah pedang dua mata yang dimiliki oleh Imamul Muhtadin Saidina Ali ibni Abi Talib Karamullahu Wajhah..Pedang dua mata ini adalah simbol kepada jihad dan keberanian berdasarkan perjuangan baginda khalifah Saidina Ali R.A..Ketokohan Saidina Ali sebagai pendekar terunggul di dunia terbukti dalam Perang Uhud..Sewaktu pasukan Islam terpukul hebat..beliaulah yang paling gigih mempertahankan Rasulullah SAW hingga terdengar suara malaikat Jibril berkata: “Tiada pedang selain Zulfaqar dan tiada pahlawan selain Ali.”..


Pedang Zulfaqar asalnya milik Rasulullah SAW yang kemudiannya digunakan oleh Saidina Ali..Sebahagian ulama mengatakan bahawa pedang inilah Raja Segala Besi..Selepas Saidina Ali dibunuh secara curi..pedang Zulfiqar ini turut lenyap dan ada riwayat mengatakan yang ia akan muncul semula pada akhir zaman bersama pasukan yang mengibarkan panji hitam ditangannya..Wallahu alam.